Rabu, 27 Julai 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR & UJIAN BULANAN JULAI

Peperiksaan percubaan UPSR bagi pelajar tahun 6 dan ujian bulanan bagi pelajar tahun 2 hingga 5 sedang berlangsung dari 26 Julai 2011 hingga 28 Julai 2011. Semoga semua pelajar mendapat kejayaan yang ditempuhi ini.. Amin.


.

PENYERTAAN PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN BANK RAKYAT

Pada 23 Julai 2011, seramai 11 orang murid SK Seri Pantai telah terlibat dalam Pertandingan Mewarna Anjuran Bank Rakyat, bertempat di SMK Anjung Batu. Muhammad Fauzan Afiq Bin Shahruddin ( 5 Kreatif ) mendapat tempat Keempat manakala Faizuddin Bin Shahruddin ( 1 Kreatif ) mendapat tempat Kelima. Tahniah kepada pemenang dan peserta yang terlibat. Selamat Menabung...Demi Kesejahteraan Bersama....

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENJAYAKAN KEM BESTARI SOLAT.

AJK Kem Bestari Solat Perdana 2011 mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga apa yang dipelajari semasa kem tersebut dapat dijadikan panduan dalam melakukan ibadah solat.


Rabu, 20 Julai 2011

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT PERDANA 2011

Program tersebut akan diadakan ketetapan berikut :

Tarikh     : 23 Julai 2011
Masa     : 8.00 pg - 12.30 tgh hr
Hari       : Sabtu
Tempat   : Surau SKSP ( Bangunan Baru )


Ibu bapa diminta agar memastikan kehadiran anak-anak tuan ke program tersebut.
Butiran lanjut berkenaan program boleh dirujuk pada surat yang dilampirkan.
Sekian Terima Kasih..

Isnin, 11 Julai 2011

PERSARAAN CIKGU SUAIMI BIN ABD RASHID Tersiar Dalam Harian Metro.

Majlis persaraan cikgu Suaimi yang lalu telah tersiar di dalam harian metro keluaran hari ini.. (11 Julai 2011) Isnin..  Selamat bersara cikgu Suaimi..

Jumaat, 8 Julai 2011

Perkhemahan Integrasi Badan Uniform Sekolah Rendah Johor 2011

Pada 4 hingga 7 Julai 2011 yang lalu, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah menganjurkan Perkhemahan Integrasi Pasukan Badan Beruniform (Sekolah Rendah) Peringkat Negeri Johor 2011. Perkhemahan ini diadakan di Pusat Kokurikulum Muar, Kem Denai Alam, berhampiran Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Batu, Muar. Daerah Mersing telah menghantar kontinjen yang terdiri daripada pasukan-pasukan beruniform Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Tunas Puteri dan Pandu Puteri seramai 36 orang (diiringi empat orang Guru Pengiring) dari SK Nitar 1, SK Sawah Dato', SK Seri Pantai (SKSP), SK Teluk Lipat, SK Pusat Air Tawar, SJK(C) Chiao Ching, SK Mersing Kanan, SK Sri Mersing, SK Bandar Mersing dan SK Bandar Endau.

SKSP telah menghantar tiga orang murid dari Pasukan Pengakap, diiringi seorang guru pengiring iaitu En. Mohd Fairuz bin Mahmud. Murid SKSP yang terlibat ialah:
  • Muhammad Iman Zulhakim bin Abd. Rahman (5 Kreatif)
  • Mohd. Hafizuddin bin Ramlan (5 Inovatif)
  • Muhammad Aiman bin Shaari (5 Inovatif)
Perkhemahan yang turut melibatkan kontinjen-kontinjen dari Daerah Muar, Pontian, Batu Pahat dan Johor Bahru ini telah dikendalikan oleh Tuan M. Jamaluddin bin M. Dawi, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar yang bertindak selaku Kem Komandan, dibantu oleh jurulatih-jurulatih Pusat Kokurikulum Daerah Muar dan guru-guru pengiring dari setiap daerah.



Ahad, 3 Julai 2011

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH SEMPENA LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Unit sukan SKSP mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang bertungkus-lumus menjaya program tersebut dengan jayanya. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua murid, ibu bapa, PDRM dan semua yang pihak terlibat menjayakan program tersebut. Semoga program sebegini akan diadakan lagi pada masa hadapan.. TERIMA KASIH..