Cuti persekolahan sempena Deepavali adalah seperti surat edaran di bawah.
Jumaat, 21 Oktober 2011
Isnin, 17 Oktober 2011
LATIHAN RUMAH SUKAN
Kejohanan Olahraga Tahunan akan diadakan tidak lama lagi. Sehubungan itu, latihan rumah sukan akan diadakan pada minggu ini. Latihan rumah sukan ini melibatkan pelajar dari tahun satu hingga tahun enam. Jadual latihan adalah seperti berikut:
Ahad, 16 Oktober 2011
LAWATAN PELAJAR TAHUN 6 KE JABATAN TAMAN LAUT
Pada 14 Oktober lalu pelajar tahun 6 seramai 59 orang telah dibawa melawat Jabatan Taman Laut Mersing. lawatan ini merupakan salah satu program Aktiviti Selepas UPSR yang telah disusun-atur oleh unit Bimbingan & Kaunseling. Dalam lawatan ini pelajar telah didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab memelihara keindahan taman-taman laut yang ada di Malaysia.. Tahniah dan terima kasih kepada pihak Jabatan Taman Laut Mersing kerana memberi layanan yang sangat baik sepanjang lawatan ini.
Rabu, 5 Oktober 2011
MAJLIS MERAIKAN CIKGU SELAMAH SEMPENA KEBERANGKATAN KE TANAH SUCI
Majlis tersebut telah diadakan pada 5 Oktober 2011. Dalam majlis tersebut semua warga sekolah membacakan Surah Yassin untuk cikgu Selamah. Beliau juga turut menyampaikan ucapan. Cikgu Selamah Bt Ali dan Suaminya akan berangkat menunaikan haji pada 8 Oktober 2011. Kami semua mendoakan agar Cikgu Selamah dan suami selamat pergi dan pulang serta dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan menunaikan ibadah haji.. amin..
Langgan:
Catatan (Atom)