Ahad, 28 Jun 2015

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Kami mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT..


Isnin, 27 April 2015

LAWATAN PENANDA ARAS MUSOLLA AL-FIRDUAS


SK BANDAR ENDAU
SK LKTP NITAR 2, MERSING
MADRASAH HASANIAH ISLAMIAH
SMK TAN SRI ABDUL KADIR
      Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih pada yang sudi menjejakkan kaki di sekolah kami. Semoga dengan perkongsian ilmu ini memberi impak kepada mereka yang hadir.     

SMA AL-KHAIRIAH, MERSING
PPD BENTONG, PAHANG
SK PULAU SIBU

 





SK SEDENAK, KULAI JAYA

KEJAYAAN MUSOLLA AL-FIRDUAS

Alhamdulillah, Musolla Al-Firdaus telah dinobatkan sebagai Johan Surau Imarah Kategori Musolla Sekolah Rendah. Anugerah ini telah disampaikan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Kementerian Pendidikan Malaysia 1436H bersamaan 26 Januari 2015 bertempat di Kolej Universiti Insaniah, Mergong, Alor Setar, Kedah.

            Majlis Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Datuk Tajuddin Bin Jab, TKPPM Sektor Operasi. Musolla Al-Firdaus mula beroperasi pada Januari 2012 iaitu ketika SK Seri Pantai mendapat bangunan blog baru. Kami amat bersyukur kerana segala usaha kami akhirnya membuahkan kejayaan dengan penganugerahan sebagai Johan Surau Imarah Kategori Musolla Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan.


          Antara kejayaan yang telah diraih oleh Musolla Al-Firdaus ialah:

  1. Johan Musolla Al-Hakim Peringkat Daerah Mersing, 2012
  2. Ketiga Anugerah Musolla Al-Hakim Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor, 2012
  3. Anugerah Inovasi Pengimarahan Dan Pengurusan Musolla Al-Hakim, Peringkat Negeri Johor, 2013
  4. Johan Anugerah Pengurusan Dan Pengimarahan Musolla Al-Hakim Sekolah-Sekolah Negeri Johor,2013
  5. Saguhati (Tempat Keempat) Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Pertama,2013
  6. Johan Anugerah Surau Imarah Kategori Musolla Sekolah Rendah, Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Kedua, 2014

AKTIVITI SUKAN 2015

Beberapa penyertaan dan aktiviti sukan yang berlangsung pada tahun ini. Antaranya adalah :

1. Kejohanan Merentas desa Peringkat Sekolah Pada 5 Mac 2015.

2. Kejohanan Merentas Desa MSSD pada 2 Feb 2015. 
                   MUHAMMAD KAMARUL ARIFFIN BIN ABDUL MUTALIB  (JOHAN),
WAN MUHAMMAD ZULFAHMI BIN WAN OTHMAN (NO-6)
Kamarul Arifin dan Wan Zulfahmi telah layak ke peringkat negeri. Kamarul telah berjaya mendapat Naib Johan. Pada peringkat kebangsaan, Kamarul berjaya memperoleh tempat ke -42 dan pingat gangsa berpasukan lelaki 12 tahun.

3. Kejohanan Balapan dan Padang MSSD pada 9 Mac 2015 hingga 12 Mac 2015.
SKSP telah berjaya mendapat tempat ke – 12
GANGSA LOMPAT TINGGI P10 (A'LYA ATHIRAH BINTI AHMAD SYAKIRULAWAL) 


4. Kejohanan Catur MSSD pada 6 April 2015.


4. Kejohanan Bola Sepak MSSD pada 14 April 2015 hingga 16 April 2015. SKSP telah berjaya hingga ke peringkat suku akhir. 3 orang pemain layak menyertai pasukan daerah yang akan bertanding di daerah Ledang pada 7 hingga 9 Mei 2015.