Khamis, 23 Februari 2012

Kursus LDP Kedua SK Seri Pantai

Pada hari Khamis, 23 Februari 2012, guru-guru SK Seri Pantai telah mengikuti Kursus Dalaman LDP kedua untuk tahun 2012. Kursus Data Murid Online dan Penggunaan Mail Merge dalam Pengurusan Sekolah ini disampaikan oleh En. Tahib bin A. Hamid, GPK HEM SK Seri Pantai di Bilik Mesyuarat SK Seri Pantai bermula jam 1:40 petang.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru, khususnya guru-guru kelas SK Seri Pantai mengenai penggunaan sistem aplikasi dalam talian Pangkalan Data Murid KPM yang baru diperkenalkan untuk menguruskan data-data murid. Dalam segmen kedua kursus ini pula, En Tahib mendedahkan mengenai penggunaan mail merge untuk memudahkan pengurusan yang berkaitan data murid, seperti dalam penyediaan/mencetak sijil, sekaligus meningkatkan kecekapan para guru dalam pengurusan yang berkaitan penggunaan teknologi maklumat.

Isnin, 20 Februari 2012

AKTIVITI LATIHAN SUKAN TERKINI

SKSP telah mula memulakan latihan 2 acara sukan. Acara yang dimaksudkan adalah latihan pasukan kriket dan latihan pasukan balapan dan padang. Latihan tersebut diadakan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang MSSD yang dijangka penghujung Mac ini. Manakala Kejohanan Kriket MSSJ dijangka penghujung April. Kesungguhan semua yang terlibat diucapkan jutaan tahniah dan terima kasih. Semoga usaha ini membuahkan hasil kelak. 

Isnin, 13 Februari 2012

Perlantikan Pengawas, Pustakawan & Ketua Kelas SKSP 2012

Pada hari Isnin, 13 Februari 2012, seramai 115 orang murid SK Seri Pantai telah diberikan watikah perlantikan bagi jawatan Pengawas Sekolah, Pustakawan dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2012. Upacara itu telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Pantai, Pn. Hjh. Sabihah binti Sapuan, diiringi oleh GPK1, Pn. Hamidah binti Ahmad dan GPK Kokurikulum, Pn. Rahmah binti Talib.


Jumaat, 3 Februari 2012

Program Akur Janji & Kecemerlangan UPSR 2012

Program yang diadakan pada 3 Februari ini melibatkan murid-murid Tahun 6 SK Seri Pantai, para ibu bapa dan juga guru-guru SK Seri Pantai, khususnya guru-guru yang mengajar Tahun 6.


Khamis, 2 Februari 2012

Kejohanan Merentas Desa MSSD Mersing 2012

Pada 2 Februari 2012, seramai 10 orang murid (5 lelaki dan 5 perempuan) SK Seri Pantai telah menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Mersing 2012. Kejohanan itu telah diadakan di SMK Pai Chee, Mersing. Perlumbaan dimulakan di hadapan Satey Teluk Iskandar, Jalan Kampun Teluk Iskandar dan berakhir di Dewan Terbuka SMK Pai Chee.

Dalam perlumbaan tersebut, Ahmad Amirul Idham telah berjaya mendapat tempat ke-7 kategori Lelaki bawah 12, sementara Shuhadattul Farisha dan Nor Farahaida masing-masing mendapat tempat ke-8 dan ke-9 kategori Perempuan bawah 12. Tahniah diucapkan kepada semua peserta, khususnya kepada tiga orang murid yang berjaya mendapat tempat dalam kejohanan ini.