Selasa, 20 November 2012

KEJAYAAN YANG TELAH DIRANGKUL 2012

Berkat kesungguhan seluruh warga SK Seri Pantai, beberapa kejayaan telah terukir di penghujung tahun 2012 ini. Berikut adalah kejayaan yang dimaksudkan:

1. Johan anugerah inovasi Musolla Al-Hakim peringkat daerah.
2. Johan anugerah inovasi Bilik SPBT atau bilik BOSS peringkat daerah.
3. Johan anugerah inovasi Bilik Operasi Peperiksaan atau bilik BOP peringkat daerah.
4. Johan guru Inovasi yang dimenangi oleh ustazah Rozana A'zah Bt A. Azib peringkat daerah.
5. 8 orang telah berjaya mendapat keputusan 5A bagi UPSR 2012.

Tahniah diucapkan kepada semua Guru, PIBG, pelajar serta seluruh warga sekolah terutama AJK yang bertungkus-lumus siang dan malam memperhebat bilik pengurusan masing-masing. Semoga kejayaan yang diraih ini dapat dikekalkan untuk masa akan datang.

KEPUTUSAN UPSR 2012

Tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR yang telah berjaya melonjakkan prestasi SK Seri Pantai pada tahap yang sangat membanggakan. Seramai 8 orang calon telah berjaya mendapat keputusan 5A. Berikut adalah senarai nama calon tersebut:

1. HAZIRAH BT ABD A SAMAD
2. MUHAMMAD FAUZAN AFIQ BIN SHAHRUDDIN
3. MUHAMMAD IMAN ZULHAKIM BIN A RAHMAN
4. NUR ALYAA BINTI SAHARIZAL
5. NUR ASYIKIN BINTI SHAMSUDIN
6. NUR IRDINA IWANI BINTI HASNUDDIN
7. NUR SYAKIRAH BINTI HARON
8. WAN NUR FIKRIATUL A'ISYAH BINTI WAN NADZRI

Tahniah juga diucapkan kepada semua warga SKSP terutama Guru Besar, guru-guru, PIBG, staf sokongan, pekerja swasta, dan ibu bapa.. bagi yang kurang bernasib baik teruskan usaha menuntut ilmu dan jangan sesekali berputus asa.. 

Ahad, 4 November 2012

AKTIVITI MINGGU TERAKHIR PERSEKOLAHAN 2012

Minggu depan merupakan minggu terakhir sesi persekolahan tahun 2012. Banyak aktiviti penting akan dilaksanakan. Antaranya ialah :

1. Keputusan UPSR (dijangka 8 Nov 2012 khamis)
2. Jamuan kelas.
3. Raptai majlis kecemerlangan.
4. Majlis kecemerlangan.
5. Penyerahan dokumen pelajar tahun 6.
6. Hari Mesra Pelanggan.

Semua murid diwajibkan hadir sepanjang minggu terakhir ini bagi melancarkan semua aktiviti yang telah dirancang. Harap maklum..

Terima Kasih..

Rabu, 17 Oktober 2012

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

Unit Peperiksaan SK Seri Pantai akan menjalankan PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN seperti ketetapan berikut:

PBS : Bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2
Peperiksaan Akhir Tahun : Semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6.

Tarikh : 16 hingga 19 Oktober 2012
Hari : Selasa hingga Jumaat

Diharapkan agar ibu / bapa / penjaga murid dapat memastikan anak di bawah jagaan tuan HADIR ke sekolah pada hari tersebut untuk menjalani PBS dan Peperiksaan Akhir Tahun.

Terima Kasih..


Khamis, 4 Oktober 2012

PENYERTAAN KE KEJOHANAN OLAHRAGA SK SRI MERSING

Pada 4 Okt 2012 Seramai 10 orang atlet SKSP telah menyertai acara 4 x 100m lelaki dan perempuan jemputan pada kejohanan SK Sri Mersing. Pasukan lelaki dan perempuan kedua-duanya mendapat pingat gangsa pada kejohanan tersebut. Tahniah diucapkan kepada para atlet, jurulatih dan pengurus..Terima kasih juga diucapkan kepada SK Sri Mersing atas jemputan dan layanan yang telah diberi..

Khamis, 27 September 2012

MAHRAJAN j-QAF


Alhamdulillah Majlis Khatam al-Quran dan Mahrajan j-QAF Peringkat Daerah Mersing telah pun dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 20 September 2012 yang lalu di SK Seri Pantai. 
      Pelbagai acara telah diadakan sepanjang Majlis ini. antaranya Tadarrus Al-Quran, Khatam Al-Quran, Dikir Barat, Kalam jama'ei, dan Tilawah Al-Quran. Terima kasih dirakamkan kepada Jawatankuasa Induk, Urusetia, Jawatankuasa Kerja, tuan rumah iaitu SK Seri Pantai serta warganya bertungkus-lumus menjayakan program ini.
      Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada mereka yang kurang menyerlah kerana berani mencuba. Semoga pihak semua jawatankuasa terutama pihak PPD berpuas hati dengan kerjasama yang warga SKSP beri sepanjang menjayakan program ini.


Isnin, 10 September 2012

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

UPSR akan berlangsung dari 11 September hingga 13 September.. Pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki UPSR kepada semua calon. Semoga apa yang telah diusahakan diberi ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT..

Rabu, 22 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat.. Semoga Allah menerima amalan kita sepanjang Ramadhan lalu. Semoga keimanan kita dapat dipertingkatkan.. InsyaAllah..

Ahad, 5 Ogos 2012

BLOG MUSOLLA AL-FIRDAUS

Dengan izin Allah SWT, sebuah lagi laman Blog sekolah dapat diterbitkan.. Laman Blog yang dimaksudkan adalah laman Blog Musolla Al-Firdaus. Laman blog ini diterbitkan khas untuk mengetengahkan aktiviti Musolla Al-Firdaus. Sila Klik Di sini http://musollasksp.blogspot.com/

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..

Salam Ramadhan buat semua umat Islam.. SKSP seperti kebiasaannya menyambut Ihya' Ramadhan dengan beberapa program. Antaranya program yang dirancang adalah seperti berikut:

1. Tadarrus Al-Quran Tahap 1 dan Tahap 2 (waktu rehat di dewan terbuka)
2. Tadarrus Al-Quran mengikut kelas (ketika waktu tertentu di Musolla Al-firdaus)
3. Solat Zuhur berjemaah bagi Tahun 6. (Hari Isnin hingga Khamis di Musolla Al-Firdaus)
4. Majlis Khatam Al-Quran (16 Ogos 2012)

Semoga usaha yang dilakukan dikira sebagai ibadah di sisi Allah SWT..
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..

Sabtu, 30 Jun 2012

MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN HARI MESRA PELANGGAN

Program tersebut yang dianjurkan oleh PIBG dan jawatankuasanya berlangsung dengan jayanya. Program ini diadakan pada 30 Jun 2012, hari Sabtu. Kehadiran yang diluar jangkaan sangat membanggakan dan membuktikan keprihatinan ibu bapa serta penjaga dalam sama-sama menjana kecemerlangan SKSP.. Tahniah buat PIBG dan jawatankuasanya.. Tahniah kepada guru-guru yang bertungkus-lumus dan tahniah kepada semua ibu bapa yang bersama-sama menjayakan program ini..


Rabu, 27 Jun 2012

PROGRAM SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1MALAYSIA

Program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Julai 2012
Hari : Selasa
Masa : 7.30 pg
Penyertaan : Seluruh Warga SKSP

Ibu Bapa dan penjaga amat dialu-alukan untuk mernyertai program ini. Sijil akan diberikan kepada semua peserta. Sila berpakaian sukan dan menutup aurat untuk menyertai program ini.

Isnin, 25 Jun 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-18 TAHUN 2012


Kejohanan tersebut akan diadakan seperti maklumat tertera :

TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN
Tarikh      : 3, 4 dan 5 Julai 2012
Hari          : Selasa, Rabu. khamis

TEMPAT
Padang Awam Kampung Sri Pantai. (Bersebelahan Sekolah)

SASARAN                                                                                                           
Semua murid dari Pra sekolah hingga tahun enam.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan..

Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru SKSP 2012

Pada hari Rabu, 16 Mei 2012, seluruh warga SK Seri Pantai telah mengadakan SAMBUTAN HARI GURU 2012. Tema bagi sambutan tahun ini ialah 'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.

Program yang bermula pada pukul 7:30 pagi ini dimulakan dengan perarakan para guru SK Seri Pantai menuju ke Dewan SKSP. Acara diteruskan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Fairuz bin Mahmud dan diikuti dengan pembacaan teks Perutusan Hari Guru yang disampaikan oleh Guru Besar SK Seri Pantai, Pn. Hjh. Sabihah binti Sapuan. Majlis dimeriahkan dengan persembahan sajak dan nyanyian oleh murid-murid Tahun 6. Kemuncak acara dewan ialah bacaan Ikrar Hari Guru yang dipimpin oleh En. Hussein bin Rahmat selaku Pengerusi Majlis Guru dan Kakitangan SKSP, diikuti dengan nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia' yang dipimpin oleh En. Taufiq bin Shafee. Majlis di dewan diakhiri dengan acara penyampaian hadiah Hari Guru oleh murid-murid SK Seri Pantai kepada para guru.

Selepas rehat, sambutan Hari Guru disambung lagi dengan acara Sukaneka yang disertai oleh semua guru SKSP. Acara terakhir ialah pertukaran hadiah di antara guru dan penyampaian hadiah untuk semua anggota pasukan Sukaneka.




Jumaat, 11 Mei 2012

Majlis Bacaan Yasin Sempena Perayaan Hari Guru 2012

Pada 11 Mei 2012, warga SK Seri Pantai telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin Sempena Perayaan Hari Guru Tahun 2012. Majlis bermula pada jam 7:20 pagi bertempat di tapak perhimpunan SK Seri Pantai. Bacaan Yasin dan tahlil ini dikendalikan oleh En. Baharuddin bin Abd. Latib.


Selasa, 10 April 2012

Program Susu 1Malaysia SK Seri Pantai

Pada hari Selasa, 10 April 2012, SK Seri Pantai telah memulakan pelaksanaan Program Susu 1Malaysia. Setiap murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang telah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa dibekalkan dengan sekotak susu. Susu yang telah diagihkan perlu diminum dan dihabiskan segera untuk mengelakkan berlaku masalah keracunan.





Sabtu, 31 Mac 2012

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG SKSP 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Pantai 2012 telah diadakan di Dewan SK Seri Pantai pada 31 Mac 2012. Mesyuarat kali yang ke-27 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Murukasvary A/P S. Thanarajan, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh. Antara agenda yang dijalankan ialah perlantikan AJK yang menyaksikan perlantikan En. Yahya bin Atan telah sebagai Yang Di Pertua PIBG SKSP menggantikan En. Adam bin Ahmad, penyampaian hadiah untuk murid cemerlang UPSR tahun 2011, persembahan Pertuturan Berirama, jualan dan juga cabutan bertuah. Mesyuarat bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengah hari.




Jumaat, 30 Mac 2012

KEJAYAAN SKSP DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD 2012

Syukur Alhamdulillah SKSP telah berjaya memahat nama antara 10 pasukan terbaik bagi kategori sekolah rendah dalam Kejohanan  Balapan Dan Padang MSSD Mersing 2012. Di kejohanan tersebut pasukan SKSP telah berjaya menduduki tempat ke-9 bagi kategori sekolah rendah. Satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa telah berjaya diraih.

Pingat Emas : Acara lompat tinggi lelaki 12 Tahun
Pingat Perak : Acara 4 X 100m Perempuan 12 Tahun
Pingat Gangsa : Acara 4 X 200m Perempuan 12 Tahun.

Tahniah kepada semua atlet, jurulatih, pengurus, pentadbiran, guru-guru dan PIBG yang sentiasa berdiri teguh menyokong program ke arah merealisasikan SKSP CEMERLANG 2012.

Khamis, 15 Mac 2012

KEJAYAAN PELAJAR SKSP DALAM PERADUAN MENULIS CERITA PERINGKAT DAERAH

Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh PPD Mersing melalui portalnya, 2 orang pelajar SKSP telah mendapat tempat ke-2 dan ke-5 dalam Peraduan menulis cerita kanak-kanak sempena Perayaan Hari Guru 2012. Pihak sekolah mengucapkan setingi-tinggi tahniah kepada pelajar tersebut.  Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang menyokong dan membantu usaha ke arah kecemerlangan SKSP.. TERIMA KASIH.. 

Ahad, 4 Mac 2012

PERTUKARAN GPK KOKURIKULUM

Pn. Rahmah binti Talib akan ditukarkan ke SK Mersing Kanan. Beliau dinaikkan pangkat kepada GPK HEM. Setelah bertugas selama 23 tahun di SK Seri Pantai, esok merupakan hari terakhir beliau di SKSP.. Tempat beliau akan digantikan oleh GPK Kokurikulum yang baru, Pn. Siti Zaiton binti Hussain dari SK Teriang. Jutaan terima kasih dan jutaan penghargaan buat Cikgu Rahmah atas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan sepanjang bertugas di SKSP. Selamat datang diucapkan kepada GPK baru, Ustazah Zaiton.

Khamis, 23 Februari 2012

Kursus LDP Kedua SK Seri Pantai

Pada hari Khamis, 23 Februari 2012, guru-guru SK Seri Pantai telah mengikuti Kursus Dalaman LDP kedua untuk tahun 2012. Kursus Data Murid Online dan Penggunaan Mail Merge dalam Pengurusan Sekolah ini disampaikan oleh En. Tahib bin A. Hamid, GPK HEM SK Seri Pantai di Bilik Mesyuarat SK Seri Pantai bermula jam 1:40 petang.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru, khususnya guru-guru kelas SK Seri Pantai mengenai penggunaan sistem aplikasi dalam talian Pangkalan Data Murid KPM yang baru diperkenalkan untuk menguruskan data-data murid. Dalam segmen kedua kursus ini pula, En Tahib mendedahkan mengenai penggunaan mail merge untuk memudahkan pengurusan yang berkaitan data murid, seperti dalam penyediaan/mencetak sijil, sekaligus meningkatkan kecekapan para guru dalam pengurusan yang berkaitan penggunaan teknologi maklumat.

Isnin, 20 Februari 2012

AKTIVITI LATIHAN SUKAN TERKINI

SKSP telah mula memulakan latihan 2 acara sukan. Acara yang dimaksudkan adalah latihan pasukan kriket dan latihan pasukan balapan dan padang. Latihan tersebut diadakan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang MSSD yang dijangka penghujung Mac ini. Manakala Kejohanan Kriket MSSJ dijangka penghujung April. Kesungguhan semua yang terlibat diucapkan jutaan tahniah dan terima kasih. Semoga usaha ini membuahkan hasil kelak. 

Isnin, 13 Februari 2012

Perlantikan Pengawas, Pustakawan & Ketua Kelas SKSP 2012

Pada hari Isnin, 13 Februari 2012, seramai 115 orang murid SK Seri Pantai telah diberikan watikah perlantikan bagi jawatan Pengawas Sekolah, Pustakawan dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2012. Upacara itu telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Pantai, Pn. Hjh. Sabihah binti Sapuan, diiringi oleh GPK1, Pn. Hamidah binti Ahmad dan GPK Kokurikulum, Pn. Rahmah binti Talib.


Jumaat, 3 Februari 2012

Program Akur Janji & Kecemerlangan UPSR 2012

Program yang diadakan pada 3 Februari ini melibatkan murid-murid Tahun 6 SK Seri Pantai, para ibu bapa dan juga guru-guru SK Seri Pantai, khususnya guru-guru yang mengajar Tahun 6.


Khamis, 2 Februari 2012

Kejohanan Merentas Desa MSSD Mersing 2012

Pada 2 Februari 2012, seramai 10 orang murid (5 lelaki dan 5 perempuan) SK Seri Pantai telah menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Mersing 2012. Kejohanan itu telah diadakan di SMK Pai Chee, Mersing. Perlumbaan dimulakan di hadapan Satey Teluk Iskandar, Jalan Kampun Teluk Iskandar dan berakhir di Dewan Terbuka SMK Pai Chee.

Dalam perlumbaan tersebut, Ahmad Amirul Idham telah berjaya mendapat tempat ke-7 kategori Lelaki bawah 12, sementara Shuhadattul Farisha dan Nor Farahaida masing-masing mendapat tempat ke-8 dan ke-9 kategori Perempuan bawah 12. Tahniah diucapkan kepada semua peserta, khususnya kepada tiga orang murid yang berjaya mendapat tempat dalam kejohanan ini.

Jumaat, 20 Januari 2012

Selamat Datang Guru-guru Baharu 2012

Pada tahun 2012 ini, SK Seri Pantai telah dengan berbesar hati menerima lima orang guru baharu sebagai warga sekolah. Mereka ialah:

  1. Pn. Sahlina binti Mohd Sah (PROTIM)
  2. Cik Nur Azlinee binti Azhar (Prasekolah)
  3. En. Mohd Taufiq bin Shafee (Bahasa Inggeris)
  4. En. Rosdi bin Abdul Rahman (Pemulihan Khas)
  5. Pn. Rosliyana binti Hilaluddin (J-QAF)
Warga SK Seri Pantai mengucapkan selamat datang kepada guru-guru ini. Semoga dengan kehadiran mereka, usaha berterusan untuk memantapkan lagi kecemerlangan SK Seri Pantai akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.