Pagi tadi telah berlangsung majlis penyampaian hadiah dan sijil bagi beberapa pertandiangan. Berikut adalah nama-nama murid yang berjaya memperoleh hadiah dan sijil tersebut :
PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA
1. Wan Muhamad Fikri Al-Amin Bin Wan Nadzri (sijil penyertaan)
2. Nur Aqilah Aisyah Bt Shahruddin (sijil penyertaan)
PERTANDINGAN PIDATO TAHAP 2 PERINGKAT DAERAH MERSING :
1. Nur Sakinah Bt Samsuri (Naib Johan)
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013:
1. Wan Muhamad Fikri Al-Amin Bin Wan Nadzri (saguhati : Sijil penghargaan & sijil penyertaan)
2. Nur Aqilah Aisyah Bt Shahruddin (sijil penyertaan)
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA.
Memaparkan catatan dengan label Akademik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akademik. Papar semua catatan
Jumaat, 1 November 2013
Khamis, 27 September 2012
MAHRAJAN j-QAF
Pelbagai acara telah diadakan sepanjang Majlis ini. antaranya Tadarrus Al-Quran, Khatam Al-Quran, Dikir Barat, Kalam jama'ei, dan Tilawah Al-Quran. Terima kasih dirakamkan kepada Jawatankuasa Induk, Urusetia, Jawatankuasa Kerja, tuan rumah iaitu SK Seri Pantai serta warganya bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada mereka yang kurang menyerlah kerana berani mencuba. Semoga pihak semua jawatankuasa terutama pihak PPD berpuas hati dengan kerjasama yang warga SKSP beri sepanjang menjayakan program ini.
Sabtu, 30 Jun 2012
MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN HARI MESRA PELANGGAN
Program tersebut yang dianjurkan oleh PIBG dan jawatankuasanya berlangsung dengan jayanya. Program ini diadakan pada 30 Jun 2012, hari Sabtu. Kehadiran yang diluar jangkaan sangat membanggakan dan membuktikan keprihatinan ibu bapa serta penjaga dalam sama-sama menjana kecemerlangan SKSP.. Tahniah buat PIBG dan jawatankuasanya.. Tahniah kepada guru-guru yang bertungkus-lumus dan tahniah kepada semua ibu bapa yang bersama-sama menjayakan program ini..
Khamis, 15 Mac 2012
KEJAYAAN PELAJAR SKSP DALAM PERADUAN MENULIS CERITA PERINGKAT DAERAH
Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh PPD Mersing melalui portalnya, 2 orang pelajar SKSP telah mendapat tempat ke-2 dan ke-5 dalam Peraduan menulis cerita kanak-kanak sempena Perayaan Hari Guru 2012. Pihak sekolah mengucapkan setingi-tinggi tahniah kepada pelajar tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang menyokong dan membantu usaha ke arah kecemerlangan SKSP.. TERIMA KASIH..
Isnin, 13 Februari 2012
Perlantikan Pengawas, Pustakawan & Ketua Kelas SKSP 2012
Pada hari Isnin, 13 Februari 2012, seramai 115 orang murid SK Seri Pantai telah diberikan watikah perlantikan bagi jawatan Pengawas Sekolah, Pustakawan dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2012. Upacara itu telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Pantai, Pn. Hjh. Sabihah binti Sapuan, diiringi oleh GPK1, Pn. Hamidah binti Ahmad dan GPK Kokurikulum, Pn. Rahmah binti Talib.
Jumaat, 3 Februari 2012
Program Akur Janji & Kecemerlangan UPSR 2012
Program yang diadakan pada 3 Februari ini melibatkan murid-murid Tahun 6 SK Seri Pantai, para ibu bapa dan juga guru-guru SK Seri Pantai, khususnya guru-guru yang mengajar Tahun 6.
Jumaat, 20 Januari 2012
Selamat Datang Guru-guru Baharu 2012
Pada tahun 2012 ini, SK Seri Pantai telah dengan berbesar hati menerima lima orang guru baharu sebagai warga sekolah. Mereka ialah:
- Pn. Sahlina binti Mohd Sah (PROTIM)
- Cik Nur Azlinee binti Azhar (Prasekolah)
- En. Mohd Taufiq bin Shafee (Bahasa Inggeris)
- En. Rosdi bin Abdul Rahman (Pemulihan Khas)
- Pn. Rosliyana binti Hilaluddin (J-QAF)
Isnin, 21 November 2011
Program Lawatan Sambil Belajar SK Seri Pantai 2011
Seramai 31 orang murid SKSP (16 murid lelaki, 15 murid perempuan) yang terdiri daripada Tahun 3, 4, 5 dan 6 telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Cameron (serta Melaka). Puan Nor Masitah binti Ibrahim dan Encik Mohd Fairuz bin Mahmud bertindak sebagai guru pengiring kepada program lawatan selama dua hari tiga malam ini yang diadakan pada 17 hingga 19 November 2011.
Sepanjang lawatan itu, mereka telah melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Cameron, iaitu Tugu Negara, Menara Kuala Lumpur, Petrosains @ KLCC, Muzium Telekomunikasi Negara, MARDI Cameron Highlands, Cameron Valley (tempat penanaman dan pemprosesan teh) dan juga beberapa ladang strawberi dan kaktus di sekitar Tanah Tinggi Cameron. Malah mereka juga turut "singgah" di negeri Melaka dalam perjalanan pulang ke Mersing dan melawat ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka.
Sepanjang lawatan itu, mereka telah melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Cameron, iaitu Tugu Negara, Menara Kuala Lumpur, Petrosains @ KLCC, Muzium Telekomunikasi Negara, MARDI Cameron Highlands, Cameron Valley (tempat penanaman dan pemprosesan teh) dan juga beberapa ladang strawberi dan kaktus di sekitar Tanah Tinggi Cameron. Malah mereka juga turut "singgah" di negeri Melaka dalam perjalanan pulang ke Mersing dan melawat ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka.
Khamis, 30 Jun 2011
SKSP JOHAN PERTANDINGAN UREKA REE
Alhamdulillah.. SKSP telah berjaya menjadi johan bagi pertandingan Ureka REE karnival kokurikulum di SMK Tenggaroh A. pertandingan tersebut telah diadakan pada Sabtu 25 Jun 2011 yang lalu.. Tahniah buat semua peserta:
1) NUR IRDINA IWANI BINTI HASNUDDIN
2) NUR IZZATI BINTI SAHARIZAL
3) MUHAMAD HILMI HAFIZ BIN HAMIDON
4) MUHAMAD IMAN ZULHAKIM BIN ABD RAHMAN
1) NUR IRDINA IWANI BINTI HASNUDDIN
2) NUR IZZATI BINTI SAHARIZAL
3) MUHAMAD HILMI HAFIZ BIN HAMIDON
4) MUHAMAD IMAN ZULHAKIM BIN ABD RAHMAN
Selasa, 21 Jun 2011
PROGRAM MESRA PELANGGAN PERTENGAHAN TAHUN 2011
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Mesra Pelanggan pada :
TARIKH : 24 JUN 2011
HARI : JUMAAT
MASA : 10.00 PAGI
Ibu bapa serta penjaga dijemput hadir bagi menandatangani penyata rekod pencapaian anak-anak tuan/puan..
TERIMA KASIH..
TARIKH : 24 JUN 2011
HARI : JUMAAT
MASA : 10.00 PAGI
Ibu bapa serta penjaga dijemput hadir bagi menandatangani penyata rekod pencapaian anak-anak tuan/puan..
TERIMA KASIH..
Langgan:
Catatan (Atom)
