Memaparkan catatan dengan label PIBG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PIBG. Papar semua catatan

Rabu, 13 November 2013

KEPUTUSAN UPSR, HARI TERBUKA, HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI TAHUN 6 2013

KEPUTUSAN UPSR, HARI TERBUKA, HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI TAHUN 6 2013
Program Tersebut akan diadakan pada :


TARIKH : 14 November 2013
HARI : Khamis
7.30 pagi : Ibu bapa semua murid menandatangani rekod prestasi anak.
10.00 pagi : Majlis rasmi.

Bagi murid tahun 1, 4, 5 dan 6 dikelas masing-masing.
Bagi murid tahun 2 dan 3 di dewan terbuka. 

PELAJAR TAHUN 6 DIMINTA HADIR BERSAMA IBU BAPA ATAU PENJAGA UNTUK MENGAMBIL KEPUTUSAN UPSR DAN DOKUMEN-DOKUMEN PENTING UNTUK DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN SEKOLAH MENENGAH..

Selasa, 17 September 2013

Hebahan Taklimat dan bahan sarana PIBG

Untuk memantapkan lagi PIBG SK Seri Pantai, satu program taklimat berkenaan Sarana Ibu bapa akan di adakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Sept 2013
Hari : Jumaat
Jam : 3.00 Ptg
Tempat : Dewan SKSP
Sasaran : Ibu bapa Murid tahun 4, 5 dan 6.

Kehadiran tuan-puan amat kami alu-alukan..

Bahan berkenaan sarana boleh dimuat turun dengan menekan link berikut :
Buku Panduan Sarana Ibu Bapa (PIBG)iv>

Ahad, 8 September 2013

Kem Pecutan Akhir & Majlis Restu Ilmu UPSR 2013

     Syukur kepada Allah SWT dengan izinNya program Kem Pecutan Akhir & Majlis Restu Ilmu UPSR 2013 dapat dijayakan dengan jayanya. Program 3 hari 2 malam ini bermula 6 september dan berakhir 8 september. pelbagai aktiviti telah dilalui oleh murid-murid. selain menumpukan pada pembelajaran di dalam kelas, murid-murid didedahkan juga dengan aktiviti riadah, pengurusan diri, kerohanian, dan sebagainya.
     En Yahya Bin Atan selaku YDP PIBG telah merasmikan program ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang turut membantu program ini. Pihak sekolah amat terharu dengan kesudian para ibu bapa yang sanggup datang siang dan malam bagi membantu menjayakn program.



Khamis, 14 Mac 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat agung PIBG 2013 akan diadakan pada :

Tarikh : 16 Mac 2013
Hari    : Sabtu
Masa  : 2.30 Petang
Tempat : Dewan SKSP

Kehadiran ibu bapa / penjaga amat dialu-alukan.

Ahad, 4 November 2012

AKTIVITI MINGGU TERAKHIR PERSEKOLAHAN 2012

Minggu depan merupakan minggu terakhir sesi persekolahan tahun 2012. Banyak aktiviti penting akan dilaksanakan. Antaranya ialah :

1. Keputusan UPSR (dijangka 8 Nov 2012 khamis)
2. Jamuan kelas.
3. Raptai majlis kecemerlangan.
4. Majlis kecemerlangan.
5. Penyerahan dokumen pelajar tahun 6.
6. Hari Mesra Pelanggan.

Semua murid diwajibkan hadir sepanjang minggu terakhir ini bagi melancarkan semua aktiviti yang telah dirancang. Harap maklum..

Terima Kasih..

Sabtu, 30 Jun 2012

MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN HARI MESRA PELANGGAN

Program tersebut yang dianjurkan oleh PIBG dan jawatankuasanya berlangsung dengan jayanya. Program ini diadakan pada 30 Jun 2012, hari Sabtu. Kehadiran yang diluar jangkaan sangat membanggakan dan membuktikan keprihatinan ibu bapa serta penjaga dalam sama-sama menjana kecemerlangan SKSP.. Tahniah buat PIBG dan jawatankuasanya.. Tahniah kepada guru-guru yang bertungkus-lumus dan tahniah kepada semua ibu bapa yang bersama-sama menjayakan program ini..


Sabtu, 31 Mac 2012

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG SKSP 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Pantai 2012 telah diadakan di Dewan SK Seri Pantai pada 31 Mac 2012. Mesyuarat kali yang ke-27 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Murukasvary A/P S. Thanarajan, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh. Antara agenda yang dijalankan ialah perlantikan AJK yang menyaksikan perlantikan En. Yahya bin Atan telah sebagai Yang Di Pertua PIBG SKSP menggantikan En. Adam bin Ahmad, penyampaian hadiah untuk murid cemerlang UPSR tahun 2011, persembahan Pertuturan Berirama, jualan dan juga cabutan bertuah. Mesyuarat bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengah hari.