Sabtu, 31 Mac 2012

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG SKSP 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Pantai 2012 telah diadakan di Dewan SK Seri Pantai pada 31 Mac 2012. Mesyuarat kali yang ke-27 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Murukasvary A/P S. Thanarajan, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh. Antara agenda yang dijalankan ialah perlantikan AJK yang menyaksikan perlantikan En. Yahya bin Atan telah sebagai Yang Di Pertua PIBG SKSP menggantikan En. Adam bin Ahmad, penyampaian hadiah untuk murid cemerlang UPSR tahun 2011, persembahan Pertuturan Berirama, jualan dan juga cabutan bertuah. Mesyuarat bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengah hari.

















Untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik pautan ke laman Facebook SK Seri Pantai ini.

1 ulasan:

  1. salam 1 Malaysia , saya bapa salah seorang pelajar SK Seri Pantai nak bertanya sikit . Semenjak dua menjak ni saya kerap dengar rungutan dari anak saya dan juga rakan-rakannya mengenai guru yang sering mengenakan denda seperti cubit , ketuk ketampi , pulas telinga , merotan dan denda2 yang tidak munasabah dengan kesalahan . kebanyakan denda-denda ini dikenakan kepada pelajar tahun 1 dan 2 . adakah denda ini wajar sedangkan didalam PEKELILING PERGURUAN telah menyatakan ia tidak boleh dilakukan . saya minta pihak pengurusan sekolah ambil tindakan segera mengenai perkara ini sebelum ada pihak lain mengambil tindakan serta mengajukan perkara ini kepada Pejabat Pelajaran Daerah / Negeri . harap maklum dan jangan ambil remeh perkara ini .

    BalasPadam