Sabtu, 31 Mac 2012

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG SKSP 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Pantai 2012 telah diadakan di Dewan SK Seri Pantai pada 31 Mac 2012. Mesyuarat kali yang ke-27 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Murukasvary A/P S. Thanarajan, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh. Antara agenda yang dijalankan ialah perlantikan AJK yang menyaksikan perlantikan En. Yahya bin Atan telah sebagai Yang Di Pertua PIBG SKSP menggantikan En. Adam bin Ahmad, penyampaian hadiah untuk murid cemerlang UPSR tahun 2011, persembahan Pertuturan Berirama, jualan dan juga cabutan bertuah. Mesyuarat bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengah hari.




Jumaat, 30 Mac 2012

KEJAYAAN SKSP DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD 2012

Syukur Alhamdulillah SKSP telah berjaya memahat nama antara 10 pasukan terbaik bagi kategori sekolah rendah dalam Kejohanan  Balapan Dan Padang MSSD Mersing 2012. Di kejohanan tersebut pasukan SKSP telah berjaya menduduki tempat ke-9 bagi kategori sekolah rendah. Satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa telah berjaya diraih.

Pingat Emas : Acara lompat tinggi lelaki 12 Tahun
Pingat Perak : Acara 4 X 100m Perempuan 12 Tahun
Pingat Gangsa : Acara 4 X 200m Perempuan 12 Tahun.

Tahniah kepada semua atlet, jurulatih, pengurus, pentadbiran, guru-guru dan PIBG yang sentiasa berdiri teguh menyokong program ke arah merealisasikan SKSP CEMERLANG 2012.

Khamis, 15 Mac 2012

KEJAYAAN PELAJAR SKSP DALAM PERADUAN MENULIS CERITA PERINGKAT DAERAH

Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh PPD Mersing melalui portalnya, 2 orang pelajar SKSP telah mendapat tempat ke-2 dan ke-5 dalam Peraduan menulis cerita kanak-kanak sempena Perayaan Hari Guru 2012. Pihak sekolah mengucapkan setingi-tinggi tahniah kepada pelajar tersebut.  Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang menyokong dan membantu usaha ke arah kecemerlangan SKSP.. TERIMA KASIH.. 

Ahad, 4 Mac 2012

PERTUKARAN GPK KOKURIKULUM

Pn. Rahmah binti Talib akan ditukarkan ke SK Mersing Kanan. Beliau dinaikkan pangkat kepada GPK HEM. Setelah bertugas selama 23 tahun di SK Seri Pantai, esok merupakan hari terakhir beliau di SKSP.. Tempat beliau akan digantikan oleh GPK Kokurikulum yang baru, Pn. Siti Zaiton binti Hussain dari SK Teriang. Jutaan terima kasih dan jutaan penghargaan buat Cikgu Rahmah atas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan sepanjang bertugas di SKSP. Selamat datang diucapkan kepada GPK baru, Ustazah Zaiton.