Khamis, 26 Disember 2013

SESI AWAL PERSEKOLAHAN 2014

MAKLUMAT PENTING SESI AWAL PERSEKOLAHAN 2014

31. Disember. 2013 (Selasa)
1. Pendaftaran dan taklimat Prasekolah.
2. Pendaftaran dan taklimat tahun 1.
3. Penjualan buku tulis dan alatan pembelajaran. (untuk semua murid)

1. Jan. 2014 (Rabu)
Hari pertama persekolahan. Semua murid diminta hadir selewat-lewatnya pukul 7.10 pagi.
 Sepertimana yang semua sedia maklum, cuti hujung minggu bagi negeri Johor adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Sila hebahkan maklumat ini..


Terima kasih..,,

Khamis, 21 November 2013

KECEMERLANGAN UPSR 2013

UPSR 2013 Sekali lagi mencatatkan keputusan yang membanggakan.. Seramai 7 orang murid berjaya mendapat 5A.. 

Berikut adalah senarai nama murid-murid tersebut.. 

1. IZZAH INSYIRAH BINTI MOHD RASIS
2. KHALISYA BINTI CHE ANI
3. MUHAMMAD HILMI HAFIZ BIN HAMIDON
4. NOOR FATIHAH BINTI FOZI
5. NUR ASHILA NABIHAH BINTI MUHAMMAD NOR
6. NUR IZZATI BINTI SAHARIZAL
7. NUR SAKINAH BINTI SAMSURI


Rabu, 13 November 2013

KEPUTUSAN UPSR, HARI TERBUKA, HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI TAHUN 6 2013

KEPUTUSAN UPSR, HARI TERBUKA, HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI TAHUN 6 2013
Program Tersebut akan diadakan pada :


TARIKH : 14 November 2013
HARI : Khamis
7.30 pagi : Ibu bapa semua murid menandatangani rekod prestasi anak.
10.00 pagi : Majlis rasmi.

Bagi murid tahun 1, 4, 5 dan 6 dikelas masing-masing.
Bagi murid tahun 2 dan 3 di dewan terbuka. 

PELAJAR TAHUN 6 DIMINTA HADIR BERSAMA IBU BAPA ATAU PENJAGA UNTUK MENGAMBIL KEPUTUSAN UPSR DAN DOKUMEN-DOKUMEN PENTING UNTUK DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN SEKOLAH MENENGAH..

Jumaat, 1 November 2013

PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA, PERTANDINGAN PIDATO TAHAP 2 PERINGKAT DAERAH MERSING, dan PERTANDINGAN MENULIS CERPEN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013.

Pagi tadi telah berlangsung majlis penyampaian hadiah dan sijil bagi beberapa pertandiangan. Berikut adalah nama-nama murid yang berjaya memperoleh hadiah dan sijil tersebut : 

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 
1. Wan Muhamad Fikri Al-Amin Bin Wan Nadzri (sijil penyertaan)
2. Nur Aqilah Aisyah Bt Shahruddin (sijil penyertaan)

PERTANDINGAN PIDATO TAHAP 2 PERINGKAT DAERAH MERSING :
1. Nur Sakinah Bt Samsuri (Naib Johan)

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013:
1. Wan Muhamad Fikri Al-Amin Bin Wan Nadzri (saguhati : Sijil penghargaan & sijil penyertaan)
2. Nur Aqilah Aisyah Bt Shahruddin (sijil penyertaan)

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA.




Jumaat, 18 Oktober 2013

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013

Peperiksaan Akhir Tahun 2013 akan diadakan pada :

21 hingga 24 Oktober 2013

Diharap kepada semua murid dapat membuat persediaan dan mengulangkaji pelajaran. Kepada ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak-anak tuan puan HADIR ke sekolah pada minggu peperiksaan tersebut.

Peperiksaan akhir tahun melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Bagi murid tahun 1, 2 dan 3, pentaksiran PBS KSSR berjalan seperti biasa..

SELAMAT MAJU JAYA..

Berikut adalah surat makluman dan jadual peperiksaan..



Selasa, 17 September 2013

Hebahan Taklimat dan bahan sarana PIBG

Untuk memantapkan lagi PIBG SK Seri Pantai, satu program taklimat berkenaan Sarana Ibu bapa akan di adakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Sept 2013
Hari : Jumaat
Jam : 3.00 Ptg
Tempat : Dewan SKSP
Sasaran : Ibu bapa Murid tahun 4, 5 dan 6.

Kehadiran tuan-puan amat kami alu-alukan..

Bahan berkenaan sarana boleh dimuat turun dengan menekan link berikut :
Buku Panduan Sarana Ibu Bapa (PIBG)iv>

Ahad, 8 September 2013

Kem Pecutan Akhir & Majlis Restu Ilmu UPSR 2013

     Syukur kepada Allah SWT dengan izinNya program Kem Pecutan Akhir & Majlis Restu Ilmu UPSR 2013 dapat dijayakan dengan jayanya. Program 3 hari 2 malam ini bermula 6 september dan berakhir 8 september. pelbagai aktiviti telah dilalui oleh murid-murid. selain menumpukan pada pembelajaran di dalam kelas, murid-murid didedahkan juga dengan aktiviti riadah, pengurusan diri, kerohanian, dan sebagainya.
     En Yahya Bin Atan selaku YDP PIBG telah merasmikan program ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang turut membantu program ini. Pihak sekolah amat terharu dengan kesudian para ibu bapa yang sanggup datang siang dan malam bagi membantu menjayakn program.



Rabu, 7 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Pihak Sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Murid, Ibubapa, Bekas-bekas murid SKSP, dan semua muslimin dan muslimat..

Rabu, 3 Julai 2013

Senamrobik 2013

Alhamdulillah... Dengan izin-Nya aktiviti senamrobik peringkat SKSP telah dapat dijalankan dengan jayanya..
Aktiviti ini diadakan pada :

Hari : Rabu
Tarikh : 3 Julai 2013
Tempat : Tapak perhimpunan SKSP.

Semua warga sekolah terlibat dengan aktiviti ini. Jurulatih yang mengendalikan senamrobik kali ini adalah Cikgu Mohd Nizam Bin Ngatman. Beliau merupakan seorang guru yang bertugas di sekolah ini dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang senamrobik. Terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti ini..

lihat lebih banyak gambar di sini https://www.facebook.com/pages/SK-Seri-Pantai/228799963853566


Selasa, 16 April 2013

KEJAYAAN DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MERSING 2013

Alhamdulillah.. Dengan izin-Nya pasukan balapan dan padang SKSP telah berjaya meraih beberapa pingat di kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Mersing kali ke-35 tahun 2013 yang lalu. Tahniah buat semua peserta.

PINGAT EMAS = 4 X 100m P10
PINGAT EMAS = 4 X 200m P10
PINGAT PERAK = 100m
PINGAT GANGSA = 200m
PINGAT GANGSA = 4 X 100m L10


Khamis, 14 Mac 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat agung PIBG 2013 akan diadakan pada :

Tarikh : 16 Mac 2013
Hari    : Sabtu
Masa  : 2.30 Petang
Tempat : Dewan SKSP

Kehadiran ibu bapa / penjaga amat dialu-alukan.