Isnin, 21 November 2011

Program Lawatan Sambil Belajar SK Seri Pantai 2011

Seramai 31 orang murid SKSP (16 murid lelaki, 15 murid perempuan) yang terdiri daripada Tahun 3, 4, 5 dan 6 telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Cameron (serta Melaka). Puan Nor Masitah binti Ibrahim dan Encik Mohd Fairuz bin Mahmud bertindak sebagai guru pengiring kepada program lawatan selama dua hari tiga malam ini yang diadakan pada 17 hingga 19 November 2011.

Sepanjang lawatan itu, mereka telah melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Cameron, iaitu Tugu Negara, Menara Kuala Lumpur, Petrosains @ KLCC, Muzium Telekomunikasi Negara, MARDI Cameron Highlands, Cameron Valley (tempat penanaman dan pemprosesan teh) dan juga beberapa ladang strawberi dan kaktus di sekitar Tanah Tinggi Cameron. Malah mereka juga turut "singgah" di negeri Melaka dalam perjalanan pulang ke Mersing dan melawat ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka.


Sabtu, 19 November 2011

Fan Page Facebook SK SERI PANTAI

Fan Page SK Seri Pantai baru-baru ini telah dilancarkan. Sila layari pautan ini https://www.facebook.com/pages/SK-SERI-PANTAI/228799963853566
pelbagai gambar dan aktiviti telah dimuat naik ke Fan Page ini.. Anda juga dialu-alukan memberi komen di Fan Page tersebut..

Sabtu, 12 November 2011

TAKZIAH ATAS KEMATIAN CIKGU ZANOR, SUAMI KEPADA CIKGU NORIHAN.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa En. Zanor bin Ismail, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Tenggaroh 03 yang merupakan juga suami kepada Pn Norihan Bt Nasir, guru Sk Seri Pantai telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Daerah Mersing..

Didoakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan dirahmati Allah SWT.

AL-FATIHAH.

Jumaat, 4 November 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-17 TAHUN 2011

Kejohanan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

TARIKH  : 10 NOV. 2011
HARI       : KHAMIS
MASA     : 8.00 PG
TEMPAT : PADANG AWAM KG SRI PANTAI..

Dijemput semua ibu bapa serta penjaga pelajar dan masyarakat setempat hadir bagi memeriahkan suasana..


ATURCARA MAJLIS PERASMIAN.

8.00 pagi                  ☺  Peserta Perbarisan mengambil  tempat
8.15 pagi                  ☺  Ketibaan para jemputan
                                ☺  Ketibaan Perasmi
                                ☺  Perbarisan lintas hormat
                                ☺  Bacaan Doa
☺  Persembahan
☺  Ucapan Guru Besar
                                ☺  Ucapan Perasmian
                                ☺  Bacaan Ikrar Kejohanan
                                ☺  Perasmi mengibar Bendara Kejohanan.

Khamis
10 Nov 2011
KOD ACARA
ACARA
9.00 pg
17
100 Meter Akhir (P9)
18
100 Meter Akhir (P11)
19
100 Meter Akhir (L9)
20
100 Meter Akhir (L11)
21
60 Meter Akhir (P7)
22
60 Meter Akhir (L7)

Penyampaian hadiah
Rehat
23
Sukaneka Pra sekolah
24
4 X 50 Meter Akhir (P7)
25
4 X 50 Meter Akhir (L7)
26
4 X 100 Meter Akhir (P9)
27
4 X 100 Meter Akhir (P11)
28
4 X 100 Meter Akhir (L9)
29
4 X 100 Meter Akhir (L11)
30
4 X 100 Meter Akhir (P11) Jemputan
31
4 X 100 Meter Akhir (L11) Jemputan

Penyampaian Hadiah
32
4 X 200 Meter Akhir (P9)
33
4 X 200 Meter Akhir (P11)
34
4 X 200 Meter Akhir (L9)
35
4 X 200 Meter Akhir (L11)

Penyampaian hadiah dan cendera hati.
Ucapacara Penutup
<!--[if !supportLists]-->-       <!--[endif]-->Nyanyian Lagu Negaraku.
<!--[if !supportLists]-->-       <!--[endif]-->Nyanyian Lagu Johor.
<!--[if !supportLists]-->-       <!--[endif]-->Nyanyian Lagu Mersing Hebat.
<!--[if !supportLists]-->-       <!--[endif]-->Nyanyian Lagu Sekolah.