Ahad, 8 September 2013

Kem Pecutan Akhir & Majlis Restu Ilmu UPSR 2013

     Syukur kepada Allah SWT dengan izinNya program Kem Pecutan Akhir & Majlis Restu Ilmu UPSR 2013 dapat dijayakan dengan jayanya. Program 3 hari 2 malam ini bermula 6 september dan berakhir 8 september. pelbagai aktiviti telah dilalui oleh murid-murid. selain menumpukan pada pembelajaran di dalam kelas, murid-murid didedahkan juga dengan aktiviti riadah, pengurusan diri, kerohanian, dan sebagainya.
     En Yahya Bin Atan selaku YDP PIBG telah merasmikan program ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang turut membantu program ini. Pihak sekolah amat terharu dengan kesudian para ibu bapa yang sanggup datang siang dan malam bagi membantu menjayakn program.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan