Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru SKSP 2012

Pada hari Rabu, 16 Mei 2012, seluruh warga SK Seri Pantai telah mengadakan SAMBUTAN HARI GURU 2012. Tema bagi sambutan tahun ini ialah 'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.

Program yang bermula pada pukul 7:30 pagi ini dimulakan dengan perarakan para guru SK Seri Pantai menuju ke Dewan SKSP. Acara diteruskan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Fairuz bin Mahmud dan diikuti dengan pembacaan teks Perutusan Hari Guru yang disampaikan oleh Guru Besar SK Seri Pantai, Pn. Hjh. Sabihah binti Sapuan. Majlis dimeriahkan dengan persembahan sajak dan nyanyian oleh murid-murid Tahun 6. Kemuncak acara dewan ialah bacaan Ikrar Hari Guru yang dipimpin oleh En. Hussein bin Rahmat selaku Pengerusi Majlis Guru dan Kakitangan SKSP, diikuti dengan nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia' yang dipimpin oleh En. Taufiq bin Shafee. Majlis di dewan diakhiri dengan acara penyampaian hadiah Hari Guru oleh murid-murid SK Seri Pantai kepada para guru.

Selepas rehat, sambutan Hari Guru disambung lagi dengan acara Sukaneka yang disertai oleh semua guru SKSP. Acara terakhir ialah pertukaran hadiah di antara guru dan penyampaian hadiah untuk semua anggota pasukan Sukaneka.




 













Untuk melihat lebih banyak gambar, klik pautan ke Facebook SK Seri Pantai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan