Ahad, 16 Oktober 2011

LAWATAN PELAJAR TAHUN 6 KE JABATAN TAMAN LAUT

Pada 14 Oktober lalu pelajar tahun 6 seramai 59 orang telah dibawa melawat Jabatan Taman Laut Mersing. lawatan ini merupakan salah satu program Aktiviti Selepas UPSR yang telah disusun-atur oleh unit Bimbingan & Kaunseling. Dalam lawatan ini pelajar telah didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab memelihara keindahan taman-taman laut yang ada di Malaysia.. Tahniah dan terima kasih kepada pihak Jabatan Taman Laut Mersing kerana memberi layanan yang sangat baik sepanjang lawatan ini.

Rabu, 5 Oktober 2011

MAJLIS MERAIKAN CIKGU SELAMAH SEMPENA KEBERANGKATAN KE TANAH SUCI

Majlis tersebut telah diadakan pada 5 Oktober 2011. Dalam majlis tersebut semua warga sekolah membacakan Surah Yassin untuk cikgu Selamah. Beliau juga turut menyampaikan ucapan. Cikgu Selamah Bt Ali dan Suaminya akan berangkat menunaikan haji pada 8 Oktober 2011. Kami semua mendoakan agar Cikgu Selamah dan suami selamat pergi dan pulang serta dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan menunaikan ibadah haji.. amin..

Jumaat, 30 September 2011

Aktiviti Panitia Matematik dan Panitia Bahasa Inggeris

Pada 29 September 2011, Panitia Matematik dan Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Seri Pantai telah mengadakan aktiviti berunsurkan permainan yang melibatkan mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Aktiviti ini telah dijalankan di Dewan Terbuka SKSP pada pukul 11:30 pagi hingga 1:30 petang. Aktiviti ini melibatkan murid-murid Tahun 3 hingga 6. Antara aktiviti permainan yang dijalankan ialah Latihan Mencongak, Sudoku dan Word-Tail Game. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan semua murid kelihatan bergembira melaksanakannya.


Latihan Kawad Kecemasan SKSP 2011

Pada 29 September 2011, Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Seri Pantai, Mersing telah mengadakan Latihan Kawad Kecemasan. Latihan yang diadakan pada pukul 10:30 pagi itu adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada warga SKSP mengenai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku kebakaran atau apa-apa kejadian yang tidak diingini di sekitar kawasan sekolah, serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan. Program ini berjalan dengan lancar dan semua guru dan murid SKSP memberikan kerjasama yang baik.


Rabu, 28 September 2011

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2011

Pada 27 Sept 2011 lalu majlis Sambutan Merdeka Raya telah berlangsung dengan meriahnya. Pelbagai aktiviti diadakan. Antaranya marhaban, persembahan pelajar dan persembahan guru. Majlis ini turut diceriakan lagi dengan penyampaian hadiah sempena bulan kemerdekaan lalu. Tidak lupa juga pemberian duit raya kepada semua pelajar. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini..