Isnin, 13 Februari 2012

Perlantikan Pengawas, Pustakawan & Ketua Kelas SKSP 2012

Pada hari Isnin, 13 Februari 2012, seramai 115 orang murid SK Seri Pantai telah diberikan watikah perlantikan bagi jawatan Pengawas Sekolah, Pustakawan dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2012. Upacara itu telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Pantai, Pn. Hjh. Sabihah binti Sapuan, diiringi oleh GPK1, Pn. Hamidah binti Ahmad dan GPK Kokurikulum, Pn. Rahmah binti Talib.


Jumaat, 3 Februari 2012

Program Akur Janji & Kecemerlangan UPSR 2012

Program yang diadakan pada 3 Februari ini melibatkan murid-murid Tahun 6 SK Seri Pantai, para ibu bapa dan juga guru-guru SK Seri Pantai, khususnya guru-guru yang mengajar Tahun 6.


Khamis, 2 Februari 2012

Kejohanan Merentas Desa MSSD Mersing 2012

Pada 2 Februari 2012, seramai 10 orang murid (5 lelaki dan 5 perempuan) SK Seri Pantai telah menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Mersing 2012. Kejohanan itu telah diadakan di SMK Pai Chee, Mersing. Perlumbaan dimulakan di hadapan Satey Teluk Iskandar, Jalan Kampun Teluk Iskandar dan berakhir di Dewan Terbuka SMK Pai Chee.

Dalam perlumbaan tersebut, Ahmad Amirul Idham telah berjaya mendapat tempat ke-7 kategori Lelaki bawah 12, sementara Shuhadattul Farisha dan Nor Farahaida masing-masing mendapat tempat ke-8 dan ke-9 kategori Perempuan bawah 12. Tahniah diucapkan kepada semua peserta, khususnya kepada tiga orang murid yang berjaya mendapat tempat dalam kejohanan ini.

Jumaat, 20 Januari 2012

Selamat Datang Guru-guru Baharu 2012

Pada tahun 2012 ini, SK Seri Pantai telah dengan berbesar hati menerima lima orang guru baharu sebagai warga sekolah. Mereka ialah:

  1. Pn. Sahlina binti Mohd Sah (PROTIM)
  2. Cik Nur Azlinee binti Azhar (Prasekolah)
  3. En. Mohd Taufiq bin Shafee (Bahasa Inggeris)
  4. En. Rosdi bin Abdul Rahman (Pemulihan Khas)
  5. Pn. Rosliyana binti Hilaluddin (J-QAF)
Warga SK Seri Pantai mengucapkan selamat datang kepada guru-guru ini. Semoga dengan kehadiran mereka, usaha berterusan untuk memantapkan lagi kecemerlangan SK Seri Pantai akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Isnin, 21 November 2011

Program Lawatan Sambil Belajar SK Seri Pantai 2011

Seramai 31 orang murid SKSP (16 murid lelaki, 15 murid perempuan) yang terdiri daripada Tahun 3, 4, 5 dan 6 telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Cameron (serta Melaka). Puan Nor Masitah binti Ibrahim dan Encik Mohd Fairuz bin Mahmud bertindak sebagai guru pengiring kepada program lawatan selama dua hari tiga malam ini yang diadakan pada 17 hingga 19 November 2011.

Sepanjang lawatan itu, mereka telah melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Cameron, iaitu Tugu Negara, Menara Kuala Lumpur, Petrosains @ KLCC, Muzium Telekomunikasi Negara, MARDI Cameron Highlands, Cameron Valley (tempat penanaman dan pemprosesan teh) dan juga beberapa ladang strawberi dan kaktus di sekitar Tanah Tinggi Cameron. Malah mereka juga turut "singgah" di negeri Melaka dalam perjalanan pulang ke Mersing dan melawat ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka.