Syukur Alhamdulillah SKSP telah berjaya memahat nama antara 10 pasukan terbaik bagi kategori sekolah rendah dalam Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Mersing 2012. Di kejohanan tersebut pasukan SKSP telah berjaya menduduki tempat ke-9 bagi kategori sekolah rendah. Satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa telah berjaya diraih.
Pingat Emas : Acara lompat tinggi lelaki 12 Tahun
Pingat Perak : Acara 4 X 100m Perempuan 12 Tahun
Pingat Gangsa : Acara 4 X 200m Perempuan 12 Tahun.
Tahniah kepada semua atlet, jurulatih, pengurus, pentadbiran, guru-guru dan PIBG yang sentiasa berdiri teguh menyokong program ke arah merealisasikan SKSP CEMERLANG 2012.
Jumaat, 30 Mac 2012
Khamis, 15 Mac 2012
KEJAYAAN PELAJAR SKSP DALAM PERADUAN MENULIS CERITA PERINGKAT DAERAH
Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh PPD Mersing melalui portalnya, 2 orang pelajar SKSP telah mendapat tempat ke-2 dan ke-5 dalam Peraduan menulis cerita kanak-kanak sempena Perayaan Hari Guru 2012. Pihak sekolah mengucapkan setingi-tinggi tahniah kepada pelajar tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang menyokong dan membantu usaha ke arah kecemerlangan SKSP.. TERIMA KASIH..
Ahad, 4 Mac 2012
PERTUKARAN GPK KOKURIKULUM
Pn. Rahmah binti Talib akan ditukarkan ke SK Mersing Kanan. Beliau dinaikkan pangkat kepada GPK HEM. Setelah bertugas selama 23 tahun di SK Seri Pantai, esok merupakan hari terakhir beliau di SKSP.. Tempat beliau akan digantikan oleh GPK Kokurikulum yang baru, Pn. Siti Zaiton binti Hussain dari SK Teriang. Jutaan terima kasih dan jutaan penghargaan buat Cikgu Rahmah atas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan sepanjang bertugas di SKSP. Selamat datang diucapkan kepada GPK baru, Ustazah Zaiton.
Khamis, 23 Februari 2012
Kursus LDP Kedua SK Seri Pantai
Pada hari Khamis, 23 Februari 2012, guru-guru SK Seri Pantai telah mengikuti Kursus Dalaman LDP kedua untuk tahun 2012. Kursus Data Murid Online dan Penggunaan Mail Merge dalam Pengurusan Sekolah ini disampaikan oleh En. Tahib bin A. Hamid, GPK HEM SK Seri Pantai di Bilik Mesyuarat SK Seri Pantai bermula jam 1:40 petang.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru, khususnya guru-guru kelas SK Seri Pantai mengenai penggunaan sistem aplikasi dalam talian Pangkalan Data Murid KPM yang baru diperkenalkan untuk menguruskan data-data murid. Dalam segmen kedua kursus ini pula, En Tahib mendedahkan mengenai penggunaan mail merge untuk memudahkan pengurusan yang berkaitan data murid, seperti dalam penyediaan/mencetak sijil, sekaligus meningkatkan kecekapan para guru dalam pengurusan yang berkaitan penggunaan teknologi maklumat.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru, khususnya guru-guru kelas SK Seri Pantai mengenai penggunaan sistem aplikasi dalam talian Pangkalan Data Murid KPM yang baru diperkenalkan untuk menguruskan data-data murid. Dalam segmen kedua kursus ini pula, En Tahib mendedahkan mengenai penggunaan mail merge untuk memudahkan pengurusan yang berkaitan data murid, seperti dalam penyediaan/mencetak sijil, sekaligus meningkatkan kecekapan para guru dalam pengurusan yang berkaitan penggunaan teknologi maklumat.
Labels:
LDP
Location:
Mersing, Johor, Malaysia
Isnin, 20 Februari 2012
AKTIVITI LATIHAN SUKAN TERKINI
SKSP telah mula memulakan latihan 2 acara sukan. Acara yang dimaksudkan adalah latihan pasukan kriket dan latihan pasukan balapan dan padang. Latihan tersebut diadakan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang MSSD yang dijangka penghujung Mac ini. Manakala Kejohanan Kriket MSSJ dijangka penghujung April. Kesungguhan semua yang terlibat diucapkan jutaan tahniah dan terima kasih. Semoga usaha ini membuahkan hasil kelak.
Langgan:
Catatan (Atom)


