Jumaat, 8 Julai 2011

Perkhemahan Integrasi Badan Uniform Sekolah Rendah Johor 2011

Pada 4 hingga 7 Julai 2011 yang lalu, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah menganjurkan Perkhemahan Integrasi Pasukan Badan Beruniform (Sekolah Rendah) Peringkat Negeri Johor 2011. Perkhemahan ini diadakan di Pusat Kokurikulum Muar, Kem Denai Alam, berhampiran Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Batu, Muar. Daerah Mersing telah menghantar kontinjen yang terdiri daripada pasukan-pasukan beruniform Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Tunas Puteri dan Pandu Puteri seramai 36 orang (diiringi empat orang Guru Pengiring) dari SK Nitar 1, SK Sawah Dato', SK Seri Pantai (SKSP), SK Teluk Lipat, SK Pusat Air Tawar, SJK(C) Chiao Ching, SK Mersing Kanan, SK Sri Mersing, SK Bandar Mersing dan SK Bandar Endau.

SKSP telah menghantar tiga orang murid dari Pasukan Pengakap, diiringi seorang guru pengiring iaitu En. Mohd Fairuz bin Mahmud. Murid SKSP yang terlibat ialah:
  • Muhammad Iman Zulhakim bin Abd. Rahman (5 Kreatif)
  • Mohd. Hafizuddin bin Ramlan (5 Inovatif)
  • Muhammad Aiman bin Shaari (5 Inovatif)
Perkhemahan yang turut melibatkan kontinjen-kontinjen dari Daerah Muar, Pontian, Batu Pahat dan Johor Bahru ini telah dikendalikan oleh Tuan M. Jamaluddin bin M. Dawi, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar yang bertindak selaku Kem Komandan, dibantu oleh jurulatih-jurulatih Pusat Kokurikulum Daerah Muar dan guru-guru pengiring dari setiap daerah.
















1 ulasan: