Jumaat, 9 September 2011

Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk Calon UPSR SKSP

Majlis bacaan Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Pantai telah diadakan pada Khamis, 8 September 2011, di Masjid Jamek Dato' Ghulam, Kampung Sri Pantai. Majlis ini diadakan untuk memohon agar dipermudahkan urusan murid-murid ini dalam menghadapi peperiksaan UPSR dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Majlis iniimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan Solat Hajat berjemaah dan bacaan Yasin. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah. Majlis disertai oleh murid-murid Tahun 6 bersama ibu bapa masing-masing, guru-guru dan juga jemaah-jemaah ahli kariah masjid yang lain.

Diharapkan semoga usaha ini diberkati Allah. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.





1 ulasan:

  1. guru pelatih ROS, farid nandari13 September 2011 pada 11:19 PG

    tq kepada semua yang hadir, semaga usaha kita bersama membuahkan hasil, good luck murid tahun 6...

    BalasPadam