Majlis bacaan Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Pantai telah diadakan pada Khamis, 8 September 2011, di Masjid Jamek Dato' Ghulam, Kampung Sri Pantai. Majlis ini diadakan untuk memohon agar dipermudahkan urusan murid-murid ini dalam menghadapi peperiksaan UPSR dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Majlis iniimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan Solat Hajat berjemaah dan bacaan Yasin. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah. Majlis disertai oleh murid-murid Tahun 6 bersama ibu bapa masing-masing, guru-guru dan juga jemaah-jemaah ahli kariah masjid yang lain.
Diharapkan semoga usaha ini diberkati Allah. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.
Jumaat, 9 September 2011
Rabu, 7 September 2011
MAJLIS RESTU UPSR 2011
Majlis Restu Pelajar tahun 6 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis tersebut telah diadakan pada 6 september 2011 lalu. Jawatankuasa kerja Majlis restu mengucapkan Jutaan terima kasih kepada tuan PPD Mersing kerana sudi untuk hadir dan merasmikan majlis ini. Tidak lupa juga tuan Timbalan PPD kerana turut sama dalam majlis ini. Apa yang paling penting adalah kehadiran ibu bapa yang sentiasa menunjukkan komitmen dalam membantu usaha sekolah untuk memastikan kecemerlangan anak-anak di sekolah ini. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.
Selasa, 23 Ogos 2011
PERHIMPUNAN MINGGUAN KALI PERTAMA DI TAPAK PERHIMPUNAN BARU
Pada 22 ogos 2011 pastinya menjadi tarikh bersejarah kerana perhimpunan mingguan kali pertama diadakan di tapak perhimpunan baru. Perhimpunan yang disertai oleh semua murid dan guru itu berlangsung dengan lancar. Selain ucapan guru besar dan laporan guru bertugas, perhimpunan juga diselitkan dengan beberapa agenda tambahan. Agenda yang dimaksudkan adalah penyampaian sijil penyertaan pasukan Pengakap ke Karnival Hari Pengakap Malaysia dan persembahan cerita berirama yang disampaikan oleh pelajar tahun 5 dan 4.
Khamis, 11 Ogos 2011
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH ATAS PROGRAM PAMERAN ANTI DADAH OLEH PIHAK AADK DAERAH MERSING
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan program Pameran Anti Dadah yang telah diadakan pada 10 Ogos 2011 hari Rabu yang lalu. Jutaan terima kasih kepada pihak AADK daerah Mersing kerana sudi untuk mengadakan pameran tersebut di SK Seri Pantai.
Selasa, 9 Ogos 2011
PEMBERITAHUAN WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN TAHUN 2011
Waktu persekolahan sepanjang bulan ramadhan adalah seperti jadual di alam surat yang dilampirkan. Diharapkan agar semua ibu bapa dan penjaga prihatin dengan waktu persekolahan ini.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI..
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI..
Langgan:
Catatan (Atom)

