Selasa, 17 September 2013

Hebahan Taklimat dan bahan sarana PIBG

Untuk memantapkan lagi PIBG SK Seri Pantai, satu program taklimat berkenaan Sarana Ibu bapa akan di adakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Sept 2013
Hari : Jumaat
Jam : 3.00 Ptg
Tempat : Dewan SKSP
Sasaran : Ibu bapa Murid tahun 4, 5 dan 6.

Kehadiran tuan-puan amat kami alu-alukan..

Bahan berkenaan sarana boleh dimuat turun dengan menekan link berikut :
Buku Panduan Sarana Ibu Bapa (PIBG)iv>

Ahad, 8 September 2013

Kem Pecutan Akhir & Majlis Restu Ilmu UPSR 2013

     Syukur kepada Allah SWT dengan izinNya program Kem Pecutan Akhir & Majlis Restu Ilmu UPSR 2013 dapat dijayakan dengan jayanya. Program 3 hari 2 malam ini bermula 6 september dan berakhir 8 september. pelbagai aktiviti telah dilalui oleh murid-murid. selain menumpukan pada pembelajaran di dalam kelas, murid-murid didedahkan juga dengan aktiviti riadah, pengurusan diri, kerohanian, dan sebagainya.
     En Yahya Bin Atan selaku YDP PIBG telah merasmikan program ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang turut membantu program ini. Pihak sekolah amat terharu dengan kesudian para ibu bapa yang sanggup datang siang dan malam bagi membantu menjayakn program.



Rabu, 7 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Pihak Sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Murid, Ibubapa, Bekas-bekas murid SKSP, dan semua muslimin dan muslimat..

Rabu, 3 Julai 2013

Senamrobik 2013

Alhamdulillah... Dengan izin-Nya aktiviti senamrobik peringkat SKSP telah dapat dijalankan dengan jayanya..
Aktiviti ini diadakan pada :

Hari : Rabu
Tarikh : 3 Julai 2013
Tempat : Tapak perhimpunan SKSP.

Semua warga sekolah terlibat dengan aktiviti ini. Jurulatih yang mengendalikan senamrobik kali ini adalah Cikgu Mohd Nizam Bin Ngatman. Beliau merupakan seorang guru yang bertugas di sekolah ini dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang senamrobik. Terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti ini..

lihat lebih banyak gambar di sini https://www.facebook.com/pages/SK-Seri-Pantai/228799963853566


Selasa, 16 April 2013

KEJAYAAN DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MERSING 2013

Alhamdulillah.. Dengan izin-Nya pasukan balapan dan padang SKSP telah berjaya meraih beberapa pingat di kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Mersing kali ke-35 tahun 2013 yang lalu. Tahniah buat semua peserta.

PINGAT EMAS = 4 X 100m P10
PINGAT EMAS = 4 X 200m P10
PINGAT PERAK = 100m
PINGAT GANGSA = 200m
PINGAT GANGSA = 4 X 100m L10