Isnin, 25 Jun 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-18 TAHUN 2012


Kejohanan tersebut akan diadakan seperti maklumat tertera :

TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN
Tarikh      : 3, 4 dan 5 Julai 2012
Hari          : Selasa, Rabu. khamis

TEMPAT
Padang Awam Kampung Sri Pantai. (Bersebelahan Sekolah)

SASARAN                                                                                                           
Semua murid dari Pra sekolah hingga tahun enam.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan..

Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru SKSP 2012

Pada hari Rabu, 16 Mei 2012, seluruh warga SK Seri Pantai telah mengadakan SAMBUTAN HARI GURU 2012. Tema bagi sambutan tahun ini ialah 'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.

Program yang bermula pada pukul 7:30 pagi ini dimulakan dengan perarakan para guru SK Seri Pantai menuju ke Dewan SKSP. Acara diteruskan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Fairuz bin Mahmud dan diikuti dengan pembacaan teks Perutusan Hari Guru yang disampaikan oleh Guru Besar SK Seri Pantai, Pn. Hjh. Sabihah binti Sapuan. Majlis dimeriahkan dengan persembahan sajak dan nyanyian oleh murid-murid Tahun 6. Kemuncak acara dewan ialah bacaan Ikrar Hari Guru yang dipimpin oleh En. Hussein bin Rahmat selaku Pengerusi Majlis Guru dan Kakitangan SKSP, diikuti dengan nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia' yang dipimpin oleh En. Taufiq bin Shafee. Majlis di dewan diakhiri dengan acara penyampaian hadiah Hari Guru oleh murid-murid SK Seri Pantai kepada para guru.

Selepas rehat, sambutan Hari Guru disambung lagi dengan acara Sukaneka yang disertai oleh semua guru SKSP. Acara terakhir ialah pertukaran hadiah di antara guru dan penyampaian hadiah untuk semua anggota pasukan Sukaneka.




Jumaat, 11 Mei 2012

Majlis Bacaan Yasin Sempena Perayaan Hari Guru 2012

Pada 11 Mei 2012, warga SK Seri Pantai telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin Sempena Perayaan Hari Guru Tahun 2012. Majlis bermula pada jam 7:20 pagi bertempat di tapak perhimpunan SK Seri Pantai. Bacaan Yasin dan tahlil ini dikendalikan oleh En. Baharuddin bin Abd. Latib.


Selasa, 10 April 2012

Program Susu 1Malaysia SK Seri Pantai

Pada hari Selasa, 10 April 2012, SK Seri Pantai telah memulakan pelaksanaan Program Susu 1Malaysia. Setiap murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang telah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa dibekalkan dengan sekotak susu. Susu yang telah diagihkan perlu diminum dan dihabiskan segera untuk mengelakkan berlaku masalah keracunan.





Sabtu, 31 Mac 2012

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG SKSP 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Pantai 2012 telah diadakan di Dewan SK Seri Pantai pada 31 Mac 2012. Mesyuarat kali yang ke-27 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Murukasvary A/P S. Thanarajan, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh. Antara agenda yang dijalankan ialah perlantikan AJK yang menyaksikan perlantikan En. Yahya bin Atan telah sebagai Yang Di Pertua PIBG SKSP menggantikan En. Adam bin Ahmad, penyampaian hadiah untuk murid cemerlang UPSR tahun 2011, persembahan Pertuturan Berirama, jualan dan juga cabutan bertuah. Mesyuarat bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengah hari.